Home » » Bandar- Bandar Hantu Di Eropah

Bandar- Bandar Hantu Di Eropah

Written By Unknown on 14 June 2013 | 18:57

alt+Title
Bandar-Bandar hantu atau bandar mati adalah istilah bandar yang tidak lagi berpenghuni atau tidak lagi berfungsi sebagai nadi ekonomi. Bandar-bandar hantu wujud disetiap benua Eropah yang banyak terdapat kesan runtuhan moden, mungkin berpunca kerana perang dan konflik. Dibawah, beberapa bandar-bandar hantu di benua Eropah yang tidak lagi berpenghuni dan menarik untuk diketahui kisah sejarah disebaliknya.

Pyramiden, Svalbard, Norway
Pyramiden, Svalbard, Norway
Bandar hantu Pyramiden - bermakna piramid, di kepulauan Svalbard, Norway. Asalnya adalah sebuah penempatan perlombongan arang batu yang diasaskan oleh kerajaan Sweden pada tahun 1910 dan dijual kepada Kesatuan Soviet pada tahun 1927. Seramai lebih 1,000 orang ditempatkan di sini tetapi telah ditinggalkan apabila pengawal Russia menguasai seluruh penempatan ini. Pada hari ini pelawat telah bebas untuk meneroka Pyramiden tetapi dilarang daripada memasuki bangunan terbengkalai kerana faktor keselamatan. Rusia sedang membangunkan semula Pyramiden untuk pelancong.

Oradour-sur-Glane
Oradour-sur-Glane, Perancis
Pada 10 Jun 1944 kekejaman telah berlaku di Oradour-sur-Glane dengan begitu dasyat seluruh penduduk pekan ini dibunuh kejam. Pada hari itu, sekumpulan tentera Jerman- Waffen-SS telah membunuh seramai 642 orang penduduk termasuk wanita dan kanak-kanak. Penyembelihan juga dilakukan akibat balas dendam Jerman terhadap penduduk daerah ini yang penyokong French Resistance. Dan penjenayah perang Jerman - Heinz Barth mengakui semasa perbicaraannya bahawa insiden itu bukan objektif ketenteraan.
Oradour-sur-Glane, Perancis
Pada masa itu, Barth mengarahkan tahanan berkumpul di dalam kandang dan menembak mereka pada jarak dekat dengan machine gun. Wanita dan kanak-kanak telah dikumpul di dalam gereja sebelum ditembak. Walaupun kampung baru Oradour-sur-Glane dibina berdekatan, pekan asal ini tidak pernah dibaik pulih dan hari ini ia berdiri sebagai memperingati kekejaman Nazi.
Äuli Town di Switzerland
Äuli Ghost Town
Äuli di Switzerland, Äuli tidak pernah didiami pada asalnya, tetapi dibina oleh Kerajaan Switzerland sebagai sebuah bandar latihan ketenteraan. Ia bukan tempat untuk pelawat dan Äuli dilengkapi dengan kamera dan tentera sentiasa meronda secara berkala untuk memastikan mana-mana pelawat yang tidak diingini.
                    Imber Town, Wiltshire, UK
Imber, Wiltshire, UK
Sejak tahun 1943, apabila penduduk telah diarah berpindah dari sini oleh kerajaan Britain, Imber menjadi sebuah bandar hantu dan sejak itu telah digunakan untuk latihan ketenteraan Britain.

0 ulasan:

Post a Comment

Translate