Misteri disebalik villa yang terletak di pergunungan timur Lake Como, Italy, terbiar sejak berdekad lamanya. Ia tersimpan senyap satu tragedi dan menjadi legenda kepada penduduk tempatan. Villa de Vecchi telah dimiliki oleh seorang bangsawan yang berkhidmat sebagai seorang pegawai tentera sebelum kembali ke negara asalnya Itali. Ia dibina bercirikan seni bina timur setelah pemiliknya pulang dari mengembara.
Pemiliknya iaitu Count Felix De Vecchi memilih arkitek Alessandro Sidoli untuk membina villa mewah yang ideal pada pertengahan tahun 1800. Menggabungkan inovasi terkini, termasuk paip pemanasan dalam tembok batu dan mata air menggunakan cerun gunung berdekatan untuk menjana tekanan air. Kediaman yang agak mewah ketika itu dengan lukisan dinding yang menakjubkan dan piano besar terletak di ruangan dewan.
Tetapi arkitek Sidoli meninggal dunia setahun sebelum rumah itu siap sepenuhnya. Count de Vecchi sementara itu, kononnya pulang dari pengembaraannya dan didapati isterinya telah dibunuh di dalam villa itu dan anak perempuannya turut hilang. De Vecchi menghabiskan berminggu mencari anaknya tanpa dapat dikesan. Pada tahun 1862, impiannya musnah berkecai untuk tinggal di villa yang gah bersama keluarganya,isterinya dibunuh dan anaknya hilang tidak ditemui, dia bunuh diri akhirnya di villa itu.
Villa de Vecchi diserahkan kepada pewaris De Vecchi, iaitu saudaranya bernama Biagio, yang kemudiannya menggantikan kubah Timur dengan bangunan batu hiasan. Keluarga Biagio dilaporkan menghabiskan banyak musim panas di villa ini sehingga pada tahun 1940-an. Selepas itu ia telah ditinggalkan selama 20 tahun, dan sehingga sekarang tidak pernah dihuni selepas pewaris De Vecchi meninggalkannya.
Ia dipanggil Ghost Mansion oleh penduduk setempat.
Dua lelaki samun kedai emas dalam pusat beli-belah
31 minutes ago
0 ulasan:
Post a Comment