Home » » Pengiran Muda Abdul Qawi dan Tengku Amalin A'ishah Puteri Diijab Kabulkan

Pengiran Muda Abdul Qawi dan Tengku Amalin A'ishah Puteri Diijab Kabulkan

Written By Unknown on 27 June 2013 | 23:51

Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Puteri binti Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra  akan diijab kabulkan di kediaman rasmi bekas Al-Sultan Kelantan, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Baharu, Kelantan  pada malam ini selepas Solat Insyak, 27 Jun 2013, Khamis.

Latar belakang Yang Amat Mulia Tengku Amalin A'ishah Putri.
Yang Amat Mulia Tengku Amalin Aisyah Putri Bt Sultan Ismail Petra diputerikan Pada 26 Jun 1984 di Kota Bharu, Kelantan. Yang Amat Mulia Tengku Amalin merupakan puteri bongsu kepada Mantan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Bt Almarhum Tengku Abdul Hamid.

Beliau pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Raja Perempuan Zainab II, seterusnya beliau menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Agama(SMA) Naim Lilbanat. Yang Amat Mulia Tengku Amalin mendapat pendidikan tinggi di Universiti Islam Antabangsa Malaysia (UIAM) dalam bidang undang-undang.
Latar Belakang Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi
Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Qawi merupakan Putera kedua daripada 10 orang adik beradik kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah ibni Al-Marhum Sultan Hj Omar Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah Ibni Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam.

Pengiran Anak Zariah merupakan kekanda kepada Raja Isteri Brunei, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.



Pertemuan Brunei dengan Kelantan
Semoga berkekalan sehingga ke anak cucu- Amin..

2 ulasan:

Translate