Home » » Tip Mengurangkan Sakit Gigi

Tip Mengurangkan Sakit Gigi

Written By Unknown on 24 June 2013 | 12:20

Kalau sakit gigi berlaku di tegah-tengah malam susah untuk dapatkan klinik gigi. Susah hendak tidur akan buat kita semakin stress dengan dengan kesakitan itu. Kadang-kadang bisanya menangkap ke kepala.
Sementara untuk menunggu esok seperti lambat sangat tibanya pagi. Malangnya bila berlaku pada hari cuti umum dan hari minggu.
Saya ada petua yang diberikan oleh kawan saya bila kes emergency ni berlaku pada anda.
Bunga Cengkeh dan Kayu Manis
Cara-caranya
  1. Ambil sedikit kayu manis [ lebih kurang 0.5 inci]+ bunga cengkeh [3-4 tangkai]
  2. Tumbuk kedua-dua bahan di atas sehingga betul-betul hancur
  3. Letak sedikit air putih [ dalam beberapa titik sahaja ]
  4. Kemudian tampal atau letakkan di atas gigi yang sakit itu. Jika gigi anda berlubang, tampalkan di dalamnya. Make sure gigi dicuci dulu sebelum meletakkan bahan-bahan di atas tadi.
15-20 minit ianya akan rasa keredaannya dan anda boleh tidur sehingga pagi. Cubalah insyaAllah berkesan tapi untuk temporary sahaja, sementara menunggu pagi untuk anda ke klinik gigi.

0 ulasan:

Post a Comment

Translate