Home » , » Misteri Kematian Lebih 37 Juta Lebah Di Elmwood, Canada

Misteri Kematian Lebih 37 Juta Lebah Di Elmwood, Canada

Written By Unknown on 5 July 2013 | 06:31

Tidak lama selepas 50,000 ekor lebah telah ditemui mati di tempat letak kereta di Oregon, kali ini dikejutkan lagi dengan 37 juta ekor lebah telah mati di Elmwood, Ontario, Kanada baru-baru ini. Dave Schuit yang mengendalikan operasi pengeluaran madu lebah di Elmwood telah kehilangan sebanyak 600 sarang lebah. Beliau menuding jari pada racun serangga yang dikenali sebagai neonicotinoids yang telah dikeluarkan oleh syarikat Bayer CropScience Inc. Insiden ini juga terjadi selepas laporan yang sama dikeluarkan oleh syarikat British Beekeepers Association (BBKA) yang mencatatkan kerugian terbesar pengeluaran madu mereka baru-baru ini. Kesatuan Eropah telah melangkah ke hadapan setelah mengharamkan pelbagai racun perosak yang telah dikaitkan dengan pembunuh berjuta-juta lebah.

Kerugian itu berpunca selepas penanaman jagung di ladang berdekatan. Penggunaan racun perosak neonicotinoids yang digunakan untuk menanam benih jagung dengan penyemai melalui penaburan racun di udara. Ini menyebabkan dalam penyemburan debu racun perosak itu berterbangan ke udara apabila ia ditaburkan. Kematian berjuta-juta lebah-lebah telah dikaji oleh Universiti Purdue. Mereka mendapati bahawa menunjukkan lebah mati akibat dari gejala neurotoksik. Mereka menganalisis lebah yang mati dan mendapati bahawa kesan thiamethoxam/clothiandin terdapat dalam setiap lebah-lebah yang mati itu. Satu-satunya sumber utama bahan ini digunakan adalah untuk rawatan benih jagung di ladang untuk mengelakkan dari serangan gejala penyakit dan serangga.

Satu pasukan khas saintis antarabangsa yang diketuai oleh Universiti Utrecht Belanda telah membuat kesimpulan bahawa, penggunaan besar-besaran bahan rawatan/racun pencegahan penyakit dalam bidang pertanian meletakkan proses pendebunga berisiko tinggi dalam kematian lebah. Ini adalah sebahagian daripada penyelidikan yang memmembawa kepada larangan penggunaan racun perosak itu oleh Kesatuan Eropah.

1 ulasan:

Translate