Home » , » Rakyat Malaysia Tidak Yakin Usaha Kerajaan Benteras Rasuah

Rakyat Malaysia Tidak Yakin Usaha Kerajaan Benteras Rasuah

Written By Unknown on 9 July 2013 | 18:52

Rakyat Malaysia kian hilang keyakinan terhadap usaha kerajaan bagi membanteras gejala rasuah, mengikut kaji selidik terbaru Transparency International (TI).
Badan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa itu mendapati kepercayaan rakyat dalam usaha itu merosot kepada 31 peratus tahun ini berbanding 49 peratus daripada 1,000 responden pada 2010.
"Kadang-kala pelaksanaan yang dibuat kerajaan mengambil masa lama," kata Presiden TI, Datuk Akhbar Satar ketika mengulas kemerosotan berkenaan.
Selain itu, polis dan parti politik dilihat masyarakat awam sebagai dua institusi paling korup di negara ini dengan skala masing-masing 4.0 dan 3.8.
Skala persepsi rasuah ialah dari satu hingga lima - angka paling korup.
Transparency International Global Corruption Barometer mengendali kaji selidik perihal rasuah di 107 negara. 8
"Korupsi berlaku akibat orang awam masih merelakan perbuatan rasuah," katanya.
Bagaimanapun, Satar berkata, hanya tiga peratus responden memberi rasuah pada 12 bulan terakhir, angka yang dianggapnya masih rendah berbanding negara jiran.

Katanya, Kadar pemberian rasuah di Thailand ialah 18 peratus, Indonesia (36 peratus) dan Filipina (12 peratus) tetapi kadar tiga peratus itu lebih tinggi berbanding 2011 yang mencatat 1.1 peratus.

"Kadar beri rasuah di Malaysia setara dengan Norway, New Zealand dan Kanada,” kata beliau.

Beliau berkata, sebanyak 39 peratus responden bersetuju kadar rasuah di negara ini meningkat berbanding 37 peratus pada 2011.

Kaji selidik yang selesai dijalankan antara September 2012 hingga Mac 2013 di Malaysia dilakukan sebuah syarikat, TNS Malaysia melalui temui bual telefon berkomputer.

Satar ialah bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjadi presiden pada 24 Mei lalu menggantikan  Datuk Paul Low yang dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdna Menteri. 9 Julai, 2013.- Oleh Trinna Leong

0 ulasan:

Post a Comment

Translate