Benarkah bangsa bunian menggunakan sistem matawang untuk urusniaga?
Saya tidak pasti alam yang di sebalah sana wujud seperti alam kita... Wallahualam..
Saya tidak pasti alam yang di sebalah sana wujud seperti alam kita... Wallahualam..
Ruangan ini cuma informasi sahaja..
KLIK UTK BESARKAN DAN TENGOK SAMBUNGANNYA
118295
128295
138295
148295
118295
128295
138295
148295
Duit ini dikatakan diambil dari alam bunian! Kisah ini
berlaku pada tahun 2008 dan penulis sempat scan dan simpan untuk kenangan
penulis. Pada hari ini penulis nak mendedahkan kisah seorang kawan yang
kononnya kawan beliau seorang ni! adalah anak angkat kepada penghulu orang
bunian Tasik Bera, Pahang.
Selepas diambil jadi anak angkat, kawannya telah menukarkan nama
kepada "BERA". Memang benar selepas melihat IC kawannya tertera nama
"BERA". Mungkin penduduk di daerah Sekincan mengenali beliau.
Kononnya kawannya telah berkahwin dengan anak orang bunian Tasik Bera. Setahun
sekali beliau menghilangkan diri selama 3 bulan kerana tinggal bersama isteri
bunian di alam bunian.
Sama ada nak percaya atau tidak terpulanglah kepada pembaca.
Beliau mempunyai dua orang isteri. Penulis telah ke rumah beliau di Kuala
Selangor (Isteri Pertama). Hari kedua beliau panggil jumpa di Sekincan pula di
rumah isteri kedua. Orangnya simple sahaja kerja kampung tapi banyak
menceritakan kisah-kisah misteri tentang alam bunian.
Selepas itu beliau menghulurkan duit diatas sebagai bukti. Penulis
ambil dan pegang duit RM10 yang sekeping besarnya dan amati memang duit betul
dan asli. Untuk mengesahkan sama ada duit itu palsu atau dicetak dengan printer
ke atas kertas yang bermutu tinggi. Penulis telah membawa duit tersebut
berjumpa dengan seorang kawan yang bekerja di sebuah bank. Beliau juga
mengesahkan memang duit RM10 itu memang asli bukan palsu. Beliau hairan
bagaimana duit RM10 yang dicetak di luar negara dan dipotong menjadi kepingan
seperti yang kita gunakan sebelum dihantar ke BNM. Macamana boleh terdapat RM10
yang masih belum dipotong?? Soalan itu susah nak dijawab kerana duit ini
kononnya diambil dari alam bunian.
Penulis telah menyimpan selama seminggu lebih selepas mengesahkan
ia memang benar dan asli. Selepas memulangkan wang tersebut. Si Bera
mempelawakan jika mahu banyak wang bunian, beliau boleh ambil lagi tapi ada
syarat-syaratnya. Untuk menggunakan duit yang belum dipotong. Upah potong oleh
orang bunian kena bayar. Kena sedekah beras, surah yaasin kepada masjid.
Wang untuk upah memotong duit itu jika diminta pada tarikh-tarikh
tertentu mesti kena sediakan. Tak boleh awal atau lambat. Contohnya jika wang
upah memotong diminta selepas solat zohor sebanyak RM1000 dihantar ke alam
bunian (lokasi dikawasan hutan di sekitar hutan berdekatan) sebelum jam 3.00
petang. Berkejarlah ke lokasi tersebut dan bila sampai dipinggir hutan, Si Bera
membaling duit upah tersebut ke kawasan dalam hutan dan kami terus balik.
Beliau kononnya telah berjumpa bunian itu dan menyerahkan duit.
Masuk hari berikutnya, pelbagai lagi kerja menghantar beras dan
surah yaasin telah kami sediakan dihantar ke sebuah masjid di Selangor.
Sebenarnya penulis ingin melalui pengalaman ini kerana hendak tahu benar ke
atau tidak ada kewujudan alam bunian yang pernah diceritakan oleh
kawan-kawan.
Selepas beberapa hari pula, penulis telah menerima telefon
mengatakan upah diminta lagi oleh orang bunian sebanyak RM3000. Jadi penulis
tarik diri sahajalah selepas itu kerana macam ni orang bunian pun penipu juga.
Jadi selepas itu kawan penulis yang dua orang lagi sanggup meneruskan
kerja-kerja untuk mendapat duit dari alam bunian.
Sehingga kini, penulis tidak tahu sama ada mereka dua orang ini
berjaya atau tidak menjadi kaya dengan duit alam bunian. Dengar khabarnya dua
orang kawan ini sehingga kini masih belum menerima dan telah rugi hampir RM30
ribu kerana mengejar duit alam bunian yang kononnya yang dijanji oleh orang
bunian jika selesai memotong. Dua orang kawan ini masing-masing akan menerima
setengah juta seorang.
Dari pengajaran kisah ini. Jangan kita menjadi tamak dan lekas
percaya walaupun perkara itu memang benar. Ada orang yang berjaya mendapat duit
dari alam bunian. Buat bangalow dan menunai haji. Disebalik kisah sekiranya ada
orang yang ingin jadi kaya dengan "tarik duit". Jangan terlibat sebab
bukan senang nak senang. Seperti orang yang membela toyol...mana ada yang kaya
pun.
Penulis terlibat pada masa yang awal sahaja dan tarik diri
cepat-cepat kerana cukuplah dengan pengalaman tersebut. Bunian adalah satu
golongan jin samada Islam atau kafir. Penulis tidak tahu. Kata-kata masyhur
yang selalu kita dengar "Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia".
Tapi ada Bertaubatlah jika ada pembaca yang masih ingin kaya cara senang.
Perpatah bahasa inggeris pernah berkata "There is no shortcut to
richness". Jadi berusahalah dengan kuat untuk berjaya.
Jika kita baca dalam majalah-majalah tempatan, banyak kisah tarik
duit orang bunian. Tarik duit dengan berzikir, Ambil barang dari alam bunian.
Dan yang penulis tengok sendiri. Abang sepupu sebelah isteri mengambil barang
kepunyaan Sultan Melaka di Beting Beras Basah, Bagan Datoh, Perak dikawasan
pertabalan Sultan Perak. Beliau mendapat 5 bilah keris dan peralatan istana.
Semasa upacara diambil dibuat. Anak Sultan Perak yang dahulu sultan Idris
berada bersama. 3 bilah keris di pulangkan kepada warisnya. 2 bilah keris
disimpam oleh abang sepupu.
Sarung keris disalut dengan emas putih dan emas kuning yang nilai
ditafsirkan oleh Muzium Negara sebanyak RM200 ribu. Dan sebilah keris lagi
dengan hulu pemegang berkepala burung helang dan dimulutnya terdapat batu
delima merah yang tak ternilainya. Barang-barang tembaga dan dulang yang
diambil dari dalam air itu termasuk 5 bilah keris dengan cara meraba-raba
didalam air yang keruh itu kononnya barang yang dibuang semasa anak Sultan
Melaka yang terakhir tersangkut di Beting Beras Basah pada tahun 1500 - 1511
sebelum Kota Melaka jatuh ke tangan Portugis . Tujuan dibuang peralatan
tersebut ke dalam sungai bagi meneruskan perjalanan. Ini adalah kisah benar
dalam sejarah Kesultanan Perak.
Banyak perkara yang misteri yang tidak terjawab dan tidak boleh
diterima akal kerana rahsia-rahsia alam yang ghaib hanya dapat dijawab oleh
mereka yang arif sahaja. Adalah lebih baik bagi kita menjejak kaki di alam
realiti dari mencari alam ghaib kerana takut terpesong akidah.
Sebagai penulis yang ada pengalaman dengan alam ghaib sebelum ini.
Memberi nasihat kepada sesiapa yang ingin meneroka dan mencari alam ghaib
usahlah diteruskan niat tersebut kerana kerja-kerja tersebut adalah membuang
masa, duit dan tenaga. Hasilnya sifar!
Sekian wasallam.
klik : Duit alam Bunian
Kononnya duit ini pun diambil dari alam ghaib.. serial nombornya
special EP3333333.
nauuzubillah min zaliq nih kerja yg tak dak faedahnya....carilah duit secara mengeluarkan titik peluh bukannya kerja yg munafiq nih...pasti ada hikmahnya...ada barakah bila memberi makan kpd anak cucu....in sya Allah....wallahu alam
ReplyDeletebenar..!!sy ada dengar melalui cerita kwn2 &org tua2...contohnya 'tarik duit'dan minta pertolongan dari jin/bunian spt di atas/ utk nombor ekor...harap jadi iktibar utk kita semua..jgn sesekali meminta pertolongan dari alam ghaib, selain drpd Allah SWT...sesungguhnya..sebaik2 manusia adalah sejahat 2 jin...!!!:)
Deletetu semua manusia yang nak menipu duit manusia lain....orang bunian di jadikan modal cerita....bila duit tak dpt cakp salah itu ini pantang la apa lah...senang betul buat duit...nahuzubillah...
ReplyDelete