Home » , » Kopi Tahi Musang Halal?

Kopi Tahi Musang Halal?

Written By Unknown on 7 December 2012 | 21:04











Produk kopi tahi musang semakin popular di Malaysia dlm beberapa tahun ni, tetiba keluar produk dipasaran Kopi Tahi Musang...dgr pun mcm geli nak minum...
Dikatakan..peladang kopi membela musang-musang di dalam sarang dan memberi buah kopi yang masak untuk musang-musang ni makan.



Musang-musang ni hanya makan buah kopi yang gred A sahaja...memang musang memiliki deria bau yang sangat hebat,buah kopi yang kurang baik dia tidak makan. Betul ke tidak..wallahualam.

Jadi, bila musang ni berak, biji-biji kopi diambil dan dibersihkan, dikering dalam beberapa hari dan diproses untuk dijadikan serbuk kopi.

  • Bagaimanapun, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman web Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), berkata biji kopi berkenaan mesti masih dalam keadaan baik, tidak berlubang, tidak pecah dan dapat tumbuh jika ditanam, serta perlu disucikan terlebih dulu daripada najis.
  • Pada masa sama, kopi luwak yang dihasilkan juga perlu mendapatkan sijil pengesahan halal daripada JAKIM atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) sebelum dipasarkan kepada masyarakat Islam.
  • “Selepas meneliti keterangan, hujah dan pandangan yang dikemukakan, muzakarah menegaskan bahawa Allah memerintahkan umat-Nya supaya memilih rezeki yang halal dan memakan makan yang baik.


“Muzakarah juga berpandangan bahawa kaedah fiqhiyyah (fiqah) menetapkan, hukum asal mengenai sesuatu adalah harus selagi tidak ada dalil muktabar (dalil kuat) yang mengatakan mengharamkannya,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.


Katanya, ulama fiqh muktabar menjelaskan bahawa mana-mana bijian yang dimuntahkan oleh haiwan atau yang keluar bersama najis haiwan itu, selagi mana ia tidak rosak dan masih kekal dalam rupa bentuknya yang asal atau jika ditanam ia mampu tumbuh, maka ia dihukumkan sebagai mutanajjis dan bukan najis.

Kenyataan itu, selaras dengan penegasan dan pandangan itu, muzakarah bersetuju memutuskan biji kopi luwak adalah bersifat mutanajjis dan harus dijadikan bahan minuman.


  • Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Ke-98 yang bersidang pada 13 hingga 15 Februari lalu, memutuskan hukum minum `kopi tahi musang’ atau kopi luwak adalah harus.


Bagaimanapun, ia mesti memenuhi dua syarat yang dinyatakan.

Sebelum ini, media melaporkan orang ramai dinasihatkan menghentikan sementara aktiviti meminum kopi luwak (Kopi Luwak adalah jenama kopi dari Indonesia,adalah sama prosesnya seperti Kopi Tahi Musang)sehingga Majlis Fatwa Kebangsaan membuat keputusan sama ada produk berasal dari Indonesia itu halal diminum atau sebaliknya.-4/3/2012


  • Bagaimanapun MUI (Majlis Ulama Indonesia) telah mengesahkan kopi Luwak adalah halal untuk umat Islam Indonesia sejak Julai 2010 lagi-Ketua Suruhanjaya Fatwa MUI Ma'ruf Amin (MUI)


0 ulasan:

Post a Comment

Translate