Home » » Jual Ginjal Semata-Mata Untuk Beli iPhone Dan iPad 2 Di China

Jual Ginjal Semata-Mata Untuk Beli iPhone Dan iPad 2 Di China

Written By Unknown on 3 December 2012 | 00:23


Di Beijing,Sebanyak tujuh orang termasuk seorang pakar bedah semalam dikenakan hukuman penjara berhubung kes seorang remaja menjual ginjalnya untuk membeli iPhone dan iPad 2, lapor media rasmi.


Agensi berita Xinhua melaporkan, pelajar sekolah tinggi, Wang Shangkun, 18, mengalami kegagalan ginjal selepas melakukan operasi pemindahan organ secara haram pada April tahun lalu.

Shangkun bersetuju untuk menjual satu daripada ginjalnya selepas bertemu sindiket tersebut di ruangan sembang di dalam talian dan menerima 22,000 yuan (RM10,850) untuk organ itu, walaupun harga buah pinggang selalunya dijual pada harga 10 kali ganda lebih tinggi.

Xinhua melaporkan, sebanyak sembilan defendan didapati bersalah kerana berniat mencederakan, walaupun dua orang daripada mereka tidak dihukum kerana hanya berperanan kecil dalam jenayah tersebut.

Lelaki bernama He Wei yang menguruskan pembedahan tersebut, dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun, manakala pakar bedah, Song Zhongyu pula dipenjara tiga tahun, tetapi hukuman itu ditangguhkan selama lima tahun.
Wei dan Zhongyu masing-masing menerima sebanyak 50,000 yuan (RM24,399) selepas pembedahan itu.
Ibu mangsa, Ou Linchun, sebelum ini memaklumkan mahkamah, tujuan anaknya menjual buah pinggang bukanlah semata-mata kerana mahu membeli peralatan Apple tersebut.

"Anak saya bimbang ditangkap dengan wang hasil penjualan buah pinggangnya, jadi dia membeli iPhone dan iPad 2," katanya.

Xinhua melaporkan, defendan yang tidak memeriksa umur Shangkun, memberi pampasan lebih 1.47 juta yuan (RM717,460) kepada mangsa, menyebabkan mahkamah mengurangkan hukuman mereka. - AFP

0 ulasan:

Post a Comment

Translate