Kisah mengapa Nazmi Faiz kembali ke Malaysia,berbagai spekulasi dibuat oleh peminat bola Malaysia. Rupanya beliau tertekan di Portugal, tambahan pulak dengan kes buah hatinya baru-baru ni, lagilah tertekan. Dalam FB Fans Nazmi Faiz pun teruk dia dihentam tanpa usul periksa.
Namun menurut Fadzrie Hazis (Astro Awani), sumber yang rapat dengan Nazmi mendedahkan SC Beira Mar yang berpangkalan di Aveiro sebenarnya menghadapi masalah kewangan (mungkin kesan daripada krisis kewangan Euro).
Rupanya Nazmi dikatakan hanya menerima 500 Euro (RM2,110 sahaja) untuk tempoh enam bulan dia berada di Portugal dan mungkin sebab itulah ejen Nazmi tak pernah mendedahkan nilai kontrak 3 tahun Nazmi serta bayaran yang diterima ketika di Portugal.
Salah satu sebabnya mungkin takut harapan rakyat Malaysia khususnya penyokong bola sepak fanatik yang beranggapan Nazmi umpama 'pemain bintang' dan pastinya mendapat bayaran berpuluh ribu ringgit sebulan seperti Safee Sali ketika di Pelita Jaya.
Dalam kenangan...Selamat tinggal Beira-Mar...
Malah, sampai satu peringkat Nazmi dikatakan terpaksa keluar dari rumahnya dan menumpang berteduh di rumah rakan sepasukan, kerana tidak mampu membayar sewa rumah.
Bapanya, Mansor Mustapha ada merujuk kepada FAM untuk membawa anaknya pulang dan diserapkan kembali ke skuad Harimau Muda A di bawah Ong Kim Swee. Namun FAM tak boleh berbuat apa-apa untuk menebus yuran perpindahan buat Nazmi kepada Biera-mar yang dianggarkan cuma 50,000 Euro (mesti ada yang terkejut, rupanya murah saja kontrak Nazmi di Portugal ni) dan ia mendorong bapanya menekan butang kecemasan dengan berbincang bersama PKNS atas nasihat ejen Nazmi, Marco Guimareas.
Sumber
0 ulasan:
Post a Comment