Home » » Tanam Pokok Ganja Di Bawah Rumah

Tanam Pokok Ganja Di Bawah Rumah

Written By Unknown on 5 February 2013 | 22:05


Seorang penduduk di Barr Hill Avenue di Britain,David Mundy, 54, telah diam-diam mengorek tanah di sebelah rumahnya dan membina sebuah kebun bawah tanah untuk tanaman ganja.
Jiran-jiran dan penduduk Barr Hill Avenue, Salford, juga berkata Mundy bergurau tentang 'taman rahsia' itu yang dia bina di bawah rumahnya.Mereka fikir hanya gurauan,tanpa menyedari ia adalah sebuah taman rahsia untuk pokok ganja.
                                   Taman rahsia: David Mundy membina sebuah taman ganja bawah tanah di bawah teras.
Polis telah temui mini kebun di bawah tanah berikutan maklumat dari jiran-jiranya, dengan memasuki pintu  rahsia yang hanya boleh diakses oleh satu set tangga yang tersembunyi.

Pegawai polis mendapati 17 tumbuhan itu sedang membesar di dalam sebuah bilik rahsia di bawah tanah yang keluasan 12 kaki persegi. Dijangkan tumbuhan itu dengan nilai pasaran mencecah lebih daripada £8.000.
Terdapat  sistem pengairan yang canggih hidroponik lengkap dengan saluran pengekstrak. Bekalan elektrik  24 jam di bawah tanah, air dan penapisan udara.
Disabitkan kesalahan itu,Mundy telah diarahkan untuk membayar kembali £13.480 dalam tempoh enam bulan yang diputuskan oleh Mahkamah Crown Manchester semalam.
Mundy telah disabitkan menghasilkan jenis dadah Kelas B pada pendengaran awal dan telah diberikan hukuman penjara 15 minggu dan diarahkan untuk menjalankan kerja tanpa bayaran selama 80 jam.

0 ulasan:

Post a Comment

Translate