Home » » Rahsia Perang Dunia II Terbongkar Dengan Penemuan Rangka Burung Merpati

Rahsia Perang Dunia II Terbongkar Dengan Penemuan Rangka Burung Merpati

Written By Unknown on 13 February 2013 | 21:55


Rahsia dari Perang Dunia II mungkin telah ditemui dalam satu mesej berkod dilampirkan di rangka merpati penghantar yang ditemui di cerobong rumah seorang lelaki Inggeris di Britian.
Rangka burung itu ditemui apabila David Martin di Bletchingly, Surrey, telah mengubahsuai tempat pendiangan api.
Martin memberitahu BBC bahawa dia mula "menarik ia ke bawah, menarik ia ke bawah lagi ... maka tulang merpati mula jatuh satu persatu. Rangka kaki terjatuh bersama mesej kapsul berwarna merah".
Martin memanggil dan memberitahu isterinya,begitu gembira dengan berkata ia adalah seperti "Krismas."

Teori itu bertujuan adalah burung merpati digunakan sebagai penghantar maklumat,ia telah membuat jalan pintas dari belakang garis musuh, mungkin daripada tentera Nazi yg menduduki Perancis semasa pencerobohan pada D Day menuju ke Bletchley Park di Britain semasa Perang Dunia II.

Lebih daripada 250,000 merpati penghantar mesej digunakan dalam Perang Dunia II. Mereka dipanggil United States Army Pigeon Service’s untuk mengirim mesej rahsia.

Pemutus kod Kerajaan berusaha untuk membaca mesej yang terdapat di dalam kapsul itu. Dan mereka telah menentukan setakat ini bahawa mesej itu adalah dari Sgt. W. Stott dan bahawa ia telah ditulis pd 70 tahun yang lalu.
Jelas sekali pihak tentera Nazi menggunakan alat peranti (burung) sebagai penghantar maklumat rahsia. Setakat ini maklumat yg ditemui belum didedahkan kepada umum.

1 ulasan:

Translate