Home » » Isu Berkaitan Menyentuh Anjing Dan Kepekaan Makanan Halal-Bahagian 1

Isu Berkaitan Menyentuh Anjing Dan Kepekaan Makanan Halal-Bahagian 1

Written By Unknown on 14 May 2013 | 01:36


MAKLUMBALAS BERKAITAN HUKUM MENYENTUH / MEMEGANG ANJING DAN
KEPEKAAN UMAT ISLAM TERHADAP MAKANAN HALAL
1. PENDAHULUAN
Tulisan ini dikemukakan untuk tatapan awam sebagai menjawab aduan awam berkaitan

tindakan seorang wanita Melayu memegang anjing dan isu kepekaan masyarakat Islam
terhadap kepentingan mengambil sumber makanan halal lagi baik.
2. LATAR BELAKANG
2.1. Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, Jabatan Agama Islam Selangor
(JAIS) telah menerima aduan awam mengenai satu artikel dalam Akhbar
The Star bertarikh 24 April 2010 (Sabtu) menyiarkan seorang wanita Melayu
yang giat aktif menyertai secara sukarela satu pertubuhan menyelamatkan
binatang terbiar seperti anjing iaitu Society, Prevention, Cruelty dan Animal
(SPCA). Aktiviti seorang wanita Melayu Islam memegang seekor anak
anjing telah menimbulkan isu kurang senang di kalangan pembaca akhbar
tersebut.
2.2. Pengadu iaitu Nora mendakwa Akhbar The Star dianggap telah menghina
Islam melalui aktiviti yang telah dilakukan oleh seorang wanita Melayu
Islam. Bertitik tolak dari itu, penjelasan lanjut diketengahkan menjurus
kepada isu orang Islam memelihara anjing, isu berpegang kepada sesuatu
mazhab di samping kepekaan orang Islam termasuk golongan saudara baru
terhadap pengambilan makanan halal terutamanya di hotel-hotel.
3. PENJELASAN BERKAITAN HUKUM ORANG ISLAM MENYENTUH /
MEMEGANG ANJING MENGIKUT MAZHAB SHAFIE
3.1 Mengikut pandangan Mazhab Shafie, binatang anjing adalah termasuk
dalam kategori najis mughallazah (najis berat). Kalau terkena air liur dan
najisnya perlu disamak dengan air mutlak 7 kali dan sekali dengan air
bercampur tanah. Menyentuh atau memegang anjing tidaklah berdosa atau
menyalahi hukum Islam.
3.2 Berkaitan hukum memelihara anjing mengikut pandangan Mazhab Shafie
adalah seperti berikut :
a) Diharuskan memelihara anjing untuk tujuan berburu, memelihara
keselamatan rumah daripada dimasuki oleh pencuri, menjaga tanaman,
rumah, harta benda dan sebagainya.
b) Tidak dibolehkan memelihara anjing untuk tujuan hobi (pet) atau
dijadikan sebagai binatang hiasan di rumah. Berdasarkan syarah Imam
Nawawi dalam Kitab Majd al-Musyarah wa Muhadzah, juz 9, halaman 9
menjelaskan bahawa tidak boleh memelihara anjing kecuali untuk
berburu binatang, menjaga binatang ternakan, menjaga tanaman dan
menjaga keamanan rumah.
3.3 Jika dirujuk kepada pandangan Yusuf al-Qaradawi, (kitab al-Halal wa al-
Haram fi al-Islam) beliau mengatakan hukum memelihara anjing sebagai
binatang kesukaan adalah haram. Hal ini berdasarkan hadith Rasulullah
S.A.W. yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi
S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : “Barang siapa yang memelihara
anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari
pahalanya berkurangan satu qirot”. Erti qirot hanya Allah sahaja yang
mengetahui kurangnya. Hadith ini disepakati oleh Bukhari dan Muslim.
Sambung ke Bahagian 2: Isu Berkaitan Menyentuh Anjing Dan Kepekaan Makanan Halal-Bahagian 2

Disediakan oleh :
Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan
Jabatan Agama Islam Selangor
18 Mei 2010 / 4 Jamadilakhir 1431H

Info lagi : Binatang Buruan,Sembelihan Dan Binatang Halal Dimakan

0 ulasan:

Post a Comment

Translate