Home » » Kisah Sebiji Kurma Di Zaman Rasulullah S.A.W

Kisah Sebiji Kurma Di Zaman Rasulullah S.A.W

Written By Unknown on 11 July 2013 | 03:54

Kisah ini berlaku di zaman Rasulullah S.A.W. Di sebuah kampung, terdapat seorang si fulan yang sedang nazak. Sahabat pun memanggil Rasulullah S.A.W untuk menziarahi beliau.
Setiba Rasulullah S.A.W di rumah si-fulan, ternyata keadaan beliau semakin nazak dan di saat sakaratul maut. Maka Rasulullah pun mengajar beliau mengucap dua kalimah shahadah. Ternyata si-fulan yang dalam keadaan nazak dapat menyebut dua kalimah shahadah dengan lancar.

Walau bagaimanapun, selepas si-fulan menyebut dua kalimah shahadah dengan keadaan nyawa-nyawa ikan, beliau sempat menyebut sesuatu yang berbunyi “ Sebiji kurma, Ambillah semua!, Sebiji kurma, Ambillah semua!” dan diulang perkataan itu, sehinggalah si-fulan itu menemui ajal.

Sahabat-sahabat di sekeliling yang melihat kejadian ini berasa hairan dan persoalan bermain dalam fikiran sahabat, apakah maksud yang diungkapkan si fulan yang nazak sebentar tadi???, adakah sebiji kurma itu sangat penting baginya sehinggakan dalam nazak pun berusaha menyebut nya.??? adakah beliau ingin mewasiatkan sebiji kurma?? Atau adakah si fulan ingin memakan sebiji kurma sebagai hidangan terakhir? ??. Lantaran lumrah manusia dalam keadan nazak dan menyebut-nyebut sesuatu, barangkali itu pekara yang sangat penting baginya,
persoalan ini terus berlegar-legar di fikiran sahabat Rasulullah.

Selepas urusan memandikan, kafan dan pengkebumian mayat si fulan selesai, maka para-para sahabat menghampiri Rasulullah dan bertanya kepada Rasul mengapa sifulan yang sedang nazak tadi menyebut “Sebiji kurma, Ambillah semua!”???..

Maka Rasulullah pun memberi penjelasan dan terlebih dahulu baginda menyampaikan pesanan kepada para sahabat bahawa semua manusia akan dikalungkan dilehernya semua amalan-amalan yang dikerjakan semasa hidup, tidak kira samada amalan itu baik ataupun buruk, kecil ataupun besar, amalan itu akan dikalungkan dileher dan akan dibawa sebagai bekalan di akhirat kelak.

Kemudian Rasulullah pun terus menyambung, semasa waktu hidup si fulan ini, pada waktu bulan Ramadan, dan itu ketika hampir tiba waktu berbuka puasa, si-fulan itu hanya mempunyai sebiji kurma untuk berbuka puasa, apabila masuk sahaja waktu berbuka, tiba-tiba datang seorang fakir miskin yang yang tak mempunyai makanan untuk berbuka, maka fakir miskin itu meminta sedikit makanan daripada si-fulan, oleh kerana kasihan, maka dikerat kurma yang sebiji itu kepada dua bahagian dan diberikan separuh daripada bahagian kurma itu kepada fakir miskin tadi.
Bagaimanapun, dengan ketetapan Allah, umur si fulan itu singkat, dan pemberian separuh kurma kepada fakir miskin itu merupakan amalan sedekah si fulan yang terakhir dan apabila saat-saat diambang sikaratul maut si fulan, dengan izin Allah, beliau dapat melihat semua amalan kebajikan semasa hidupnya dikalungkan ke lehernya, dan tidak terkecuali amalan terakhir beliau iaitu bersedekah separuh dari sebiji kurma kepada fakir miskin untuk berbuka puasa.

Menyedari itulah amalan terakhir si-fulan yang dikalungkan di leher, maka timbullah rasa kesal yang amat sangat!!!. Sehinggakan si-fulan menyebut dengan nada kesal “sebiji kurma, ambillah semua!”, “Sebiji kurma, ambillah semua! di ambang sakaratul maut si fulan,,.. maka fahamlah semua sahabat-sahabat Rasulullah yang bermaksud, kalaulah sifulan itu tahu itu adalah amalan sedekah ( yang akan dikalongkan di leher) beliau yang terakhir, maka akan disedekahkan sebiji kurma itu, dan tak perlu dikerat dua.

moral yang kita dapat ambil daripada kisah itu sangat banyak,
Salah satunya, kisah ini amat bertepatan sekali dengan pesanan Rasulullah iaitu, “Ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara”

Bila sebut sahaja “ingat”, bermaksud dalam keadaan memberi amaran yang tersurat, yakni, jikalau kita sengaja tidak ingat, dan tidak mengendahkan amaran itu, maka akan mendatangkan kesan yang buruk,.. “Ingatlah 5 perkara juga” boleh disifatkan sebagai satu “peringatan keras”, bermaksud, kalau kamu tak buat amalan baik yang dituntut agama sepanjang diberi peluang untuk hidup , nescaya kamu akan menyesal dengan penyesalan yang teramat sangat.


Dan lima perkara tersebut ialah:

1. Sihat sebelum sakit 2. Muda sebelum tua 3. Kaya sebelum miskin 4. Lapang sebelum sempit 5. Hidup sebelum mati.

Kisah ini juga menunjukkan bahawa setiap amalan itu walaupun kecil pun diambil kira dan akan dikalongkan di leher manusia. Dan di dalam Al-Quran diterangkan tentang amalan manusia yang dikalongkan di leher dalam surah Al-Isra’:

"Dan tiap-tiap seorang manusia Kami kalongkan bahagian nasibnya di lehernya dan pada hari kiamat kelak Kami akan keluarkan kepadanya kitab (suratan amalnya) yang akan didapatinya terbuka (untuk di tatapnya)." Surah Al-Isra' ayat 13.

sumber: IKIM FM

2 ulasan:

  1. Perkongsian yg baik :)

    Salam perkenalan dari mak kuceng. meow~

    ReplyDelete

Translate