Home » » Jenis-Jenis Nama Babi Dalam Produk Makanan

Jenis-Jenis Nama Babi Dalam Produk Makanan

Written By Unknown on 11 July 2013 | 19:02

Tolong sebarkan ini kepada Saudara muslimin dan muslimat seluruh dunia agar berhati hati dalam memilih makanan. Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi.
Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label-label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine. Sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada Babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin Babi.
Banyak jenis-jenis istilah nama sains yang disengajakan untuk mengelirukan umat Islam.
Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur Babi:
Pork-Istilah daging babi yang siap dipotong
1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging Babi di dalam masakan. [Pork ini biasa kita dengar dan lihat...]

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis Babi.

3. Hog:Istilah untuk Babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar [ Babi hutan ]

5. Lard:Lemak Babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Baconaging haiwan yang disalai, termasuk Babi.

7. Hamaging pada bahagian paha Babi.

8. Sow:Istilah untuk Babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu Babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor Babi hidup atau sebenarnya bermaksud Babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada Babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada Babi.
Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.

Sumber via: http://blogmacambest.blogspot.com/2013/07/nama-lain-babi-yang-perlu-anda-tahu.html

1 ulasan:

  1. tak tau pun yg babi ada nama2 produk lain.anyway, thanks kerana beri nasihat.

    ReplyDelete

Translate